Belajar Matematik Melalui Pembacaan Buku Cerita

Penyatuan ahli matematik dengan penyair, keberanian bersama ukuran, semangat dengan ketepatan, adalah sangat ideal” – William James, ahli psikologi dan ahli falsafah terkemuka.

Matematik sering dianggap sebagai satu subjek yang sangat mencabar untuk dipelajari. Hari ini, semakin banyak guru mula melihat bagaimana buku cerita kanak-kanak berupaya membantu pelajar mengatasi kegelisahan matematik, sekali gus membantu mereka untuk terus kekal meminati matematik.

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak cenderung untuk lebih memahami matematik apabila subjek itu disampaikan dalam bentuk penceritaan yang bermakna. David Whitin, dalam buku beliau yang bertajuk “Math Is Language Too: Talking and Writing in the Mathematics Classroom,” menegaskan bahawa;

Melalui peluang-peluang dan penyelidikan, buku-buku ini berupaya membantu pembaca mendukung persepsi yang lebih sihat terhadap pembelajaran matematik.”

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba, berikut adalah panduan dalam memilih buku-buku cerita yang sesuai. Buku tersebut, asasnya, mesti berupaya:

Menghubungkan pengetahuan pelajar anda.
Merapatkan pengetahuan abstrak ke pengetahuan konkrit.
Menerapkan pengetahuan baru untuk situasi dunia nyata.

Terdapat banyak buku cerita bergambar di luar sana. Tetapi tidak semua buku-buku ini sesuai digunakan untuk tujuan meningkatkan pembelajaran matematik. Jika anda ingin membeli buku yang sesuai, utamakan perjalanan cerita buku tersebut. Baru matematik. Perjalanan cerita adalah apa yang akan membuatkan anak-anak anda teruja. Di bawah adalah beberapa buku-buku cerita yang sedikit sebanyak mengajak anak anda untuk mengenali matematik:

1) Buku yang boleh mengajar anak anda untuk mengira dan menambah

2) Buku yang boleh mengajar anak anda untuk mengira ke belakang dan pengurangan

3) Buku yang boleh mengajar anak anda hal mengukur

4) Buku yang boleh mengajar anak anda tentang wang

Rosamond Welchman-Tischler, dalam buku yang bertajuk, “How to Use Children’s Literature to Teach Mathematics,” menerangkan kaedah-kaedah untuk meningkatkan pengalaman belajar pelajar dengan menggunakan sastera untuk mengajar matematik.

Berikut adalah cadangan beliau:

  • Sediakan konteks atau model untuk aktiviti yang berorientasikan matematik.
  • Perkenalkan manipulasi yang akan digunakan dalam pelbagai cara (tidak semestinya seperti dalam cerita).
  • Memberi inspirasi pengalaman matematik yang kreatif untuk kanak-kanak.
  • Bincangkan masalah yang menarik.
  • Bersedia untuk konsep atau kemahiran matematik.
  • Kembangkan atau terangkan konsep atau kemahiran matematik.
  • Kaji konsep atau kemahiran matematik.

Sebilangan besar buku cerita kanak-kanak lazimnya ditulis berdasarkan plot. Mereka sering dipenuhi dengan kisah-kisah yang menarik yang kadang-kadang memerlukan pembaca menyelesaikan satu atau dua masalah matematik (membandingkan jumlah berangka atau mungkin memberitahu masa).


Rujukan

Price, R. R., & Lennon, C. (2009). Using children’s literature to teach mathematics. NC: Quantile.

Janes, R. C. & Strong, E. L. (2014). Numbers and stories: Using children’s literature to teach young children number sense Thousand Oaks, CA: Corwin Press doi: 10.4135/9781483330907

Whitin, P., & Whitin, D. J. (2000). Math is language too: talking and writing in the mathematics classroom. Urbana, IL: National Council of Teachers of English.

ILA’s Blog. (n.d.). Retrieved from https://www.literacyworldwide.org/blog/literacy-daily/2017/06/01/how-children-s-literature-and-math-can-go-hand-in-hand.

Welchman-Tischler, R. (2006). How to use childrens literature to teach mathematics. Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.

Radebaugh, Muriel Rogie. “Using Children’s Literature to Teach Mathematics.” The Reading Teacher, vol. 34, no. 8, 1981, pp. 902–906. JSTOR, www.jstor.org/stable/20195366. Accessed 12 Jan. 2020.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.