Hadiah Bernilai Rm27,000 Untuk Dimenangi Dalam Peraduan Kembali Ke Sekolah F&N!

  • Peraduan Biasiswa Kembali ke Sekolah dengan hadiah wang tunai dan baucar daripada SWAN dan gedung buku POPULAR untuk dimenangi
  • Pembungkusan baharu dan penampilan segar bagi jenama F&N Malaysia – termasuk susu Magnolia, susu Farmhouse, Fruit Tree Fresh dan Sunkist
  • Pembungkusan berasaskan papan kertas lestari oleh Tetra Pak diperolehi daripada hutan yang diuruskan secara bertanggungjawab dan sumber terkawal lain

KUALA LUMPUR, November 24 – F&N telah melancarkan “Peraduan Biasiswa Kembali Ke Sekolah”, untuk membantu mempersiapkan pelajar memulakan tahun akademik 2021 dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM27,000 untuk dimenangi dalam bentuk tunai dan baucar.

Lima pemenang hadiah utama yang bertuah masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan juga sebuah beg sekolah ergonomik SWAN. Enam lagi pemenang akan menerima baucar istimewa SWAN bernilai RM500 dan sepuluh pemenang bertuah lain pula akan memenangi baucar kedai buku POPULAR bernilai RM100 setiap seorang. Peraduan akan diadakan selama sembilan minggu secara keseluruhan, iaitu dari 2 November 2020 hingga 3 Januari 2021.

“Tahun ini boleh dikatakan amat mencabar bagi keluarga di seluruh Malaysia, terutamanya bagi kanak-kanak yang perlu menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran baharu,” kata En Graham Lim, Pengarah Pemasaran F&N.“Dengan Peraduan Biasiswa Kembali Ke Sekolah ini, kami berharap untuk sedikit sebanyak menyuntik semangat dan keceriaan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar kerana tahun persekolahan baharu bakal bermula.”

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu:

Langkah 1: Membeli mana-mana produk F&N Magnolia, Fruit Tree, Farmhouse atau Sunkist yang turut serta, bernilai RM15 dalam satu resit (“Bukti Pembelian”)

Langkah 2: Menjawab soalan berikut: “Terdapat 5 Pemenang Hadiah utama dalam peraduan ini: BETUL atau SALAH?”

Langkah 3: Hantar gambar jelas resit pembelian melalui WhatsApp ke No. 012-985 1271 dengan maklumat berikut: Produk, Nama, No KP, Jawapan. Contoh – Magnolia, Farah Tasha, 941111102121, Betul

Resit daripada pasar mini, pasar raya, pasar raya besar, kedai runcit dan juga platform e-dagang diterima sebagai bukti pembelian. Resit asal mesti disimpan untuk tujuan pengesahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, kunjungi laman Facebook F&N Magnolia.

Penampilan baharu segar dalam bungkusan lestari

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar, F&N juga telah mengumumkan bahawa jenama minumannya kini menampilkan wajah dan sentuhan baharu hasil pembungkusan Tetra Pak, syarikat pemprosesan makanan dan pembungkusan terkemuka dunia yang terkenal kerana produknya yang selamat, inovatif dan lestari dari segi alam sekitar.

“Kaedah pemerolehan sumber lestari sentiasa menjadi nadi penggerak operasi F&N. Kami bukan sahaja mahu membawakan keseronokan dan khasiat pemakanan kepada pelanggan, tetapi juga mahu melakukannya dengan cara yang bertanggungjawab dari segi alam sekitar,” kata En Lim.Usaha sama dengan Tetra Pak ialah langkah positif untuk mengukuhkan  komitmen kami terhadap kelestarian, yang amat penting untuk perniagaan kami.”

John Jose, Pengarah Pemasaran Tetra Pak Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia, berkata “F&N ialah jenama pertama di pasaran untuk mengguna pakai reka bentuk pembungkusan baharu kami selepas dilancarkan buat pertama kali di sini dan dikilang di Malaysia. Komitmen kami bukan setakat usaha melindungi kandungan dalam pembungkusan, tetapi turut termasuk usaha berterusan mempelopori inovasi untuk melindungi masa depan bumi, sambil menjamin kejayaan masa depan pelanggan dan juga matlamat kelestarian masing-masing.”

Logo FSC™ memastikan bahawa serat kayu yang digunakan untuk pek khusus ini telah dijejak menerusi rantaian bekalan dari sumber asalnya, iaitu hutan yang diuruskan secara lestari, dan sumber terkawal lain.

Satu daripada manfaat utama reka bentuk karton Tetra Brik® Aseptic Edge ialah ciri-ciri fungsinya, yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pengguna dari semua peringkat usia. Bahagian atas yang sendeng memudahkan pengguna mencapai dan memegang penutup beralur, yang bersama dengan membran bukti penggodaman, memerlukan hanya sedikit kekuatan untuk dibuka. Digabungkan dengan penutup saiz besar, lebih mudah dipegang oleh tangan besar mahupun kecil. Malah bukaan seluas 30mm, menjadikannya lebih senang dan mudah untuk dituang.

Antara produk F&N kegemaran ramai yang menggunakan pembungkusan baharu ini termasuk susu Magnolia, susu Farmhouse, Fruit Tree Fresh, dan Sunkist.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.