Kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti membaca di rumah dilihat lebih mudah dan cepat mahir berbahasa serta pergi ke sekolah dalam keadaan yang lebih bersedia. Ibu bapa yang meluangkan masa membaca kepada anak-anak mereka bukan sahaja berupaya memperkembangkan kemahiran literasi mereka, tetapi juga berupaya mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bacal artikel kami: Membaca Kepada Kanak-Kanak: Pentingnya Literasi Awal.
Kanak-kanak mesti dibacakan buku setiap hari. Aktiviti membaca adalah, menurut laporan 1985 Becoming a Nation of Readers, “satu-satunya aktiviti yang paling penting untuk membina pengetahuan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk berjaya dalam membaca.” Berikut adalah 5 petua mudah untuk meningkatkan bacaan dan perkembangan awal anak anda.
- Amalkan aktiviti bercakap dan membaca sejurus selepas mereka lahir untuk membina pengetahuan mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa semakin banyak patah perkataan ibu bapa gunakan ketika berbicara dengan bayi, semakin besar ukuran perbendaharaan kata kanak-kanak itu apabila mereka mencecah usia 3 tahun.
- Jadikan membaca sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Bacaan waktu tidur adalah salah satu cara untuk melakukannya.
- Lawati perpustakaan dan kedai buku dengan kerap. Pergi ke bahagian kanak-kanak dan biarkan mereka pilih buku apa yang ingin mereka baca.
- Tunjukkan minat. Sentiasa berasa teruja. Nyanyi lagu dan bermain permainan.
- Tetapkan contoh. Isi rumah anda dengan buku. Buat satu kawasan membaca.