Biskut Tiger Bekerjasama Dengan 99 Speedmart

Biskut Tiger Bekerjasama dengan 99 Speedmart Demi Memperkasa Tenaga Pengajar Teach For Malaysia dalam Norma Baharu.

Sumbangan diharapakan membuka lebih peluang pendidikan kepada pelajar yang memerlukan.

Kuala Lumpur, Jun 14 – Tiger hari ini mengumumkan kerjasama dengan 99 Speedmart untuk mengumpul dana kepada Teach For Malaysia (TFM), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan sebagai sebahagian daripada inisisiatif untuk menyamaratakan akses kepada pendidikan bagi pelajar yang memerlukan. TFM komited dalam melaksanakan pendekatan pendidikan yang memperkasakan para pelajar agar menjadi pengemudi pembelajaran dan masa hadapan mereka sendiri, serta menyumbang kepada masa hadapan negara.

“Dalam situasi seumpama ini, COVID-19 telah mencabar format pembelajaran konvensional lantaran penutupan sekolah yang berlanjutan di Malaysia. Sama ada menghadiri kelas fizikal dengan memakai pelitup muka, mahupun peralihan kepada pembelajaran dalam talian, para pelajar harus menyesuaikan diri dengan norma baharu e-pembelajaran. Menyedari cabaran berkaitan pembelajaran maya atau e-learning, kami berharap sumbangan ini dapat membantu TFM dalam mempertingkatkan kemahiran serta melatih tenaga pengajar mereka dalam norma baharu, menerusi pendekatan pendidikan dalam talian,” jelas Arpan Sur, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Singapura, Mondelēz International.

Mulai 1 Jun 2021 sehingga 31 Julai 2021, bagi setiap pembelian Tiger Midpack 159.6g/175g, Tiger Multipack 411.6g dan/atau Tiger Marie 249.7g di mana-mana kedai 99 Speedmart di Semenanjung Malaysia, Mondelēz International (Malaysia) menerusi jenama Tiger akan menyumbangkan RM0.15 bagi setiap pek kepada TFM.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan yang berkualiti dan matlamat inisiatif ini adalah untuk memperkasakan tenaga pengajar TFM demi memartabatkan negara kita menerusi pendidikan. Inisiatif bersama Tiger dan 99 Speedmart ini diharapkan dapat menyumbang kepada dana kami, justeru itu membantu dalam melengkapi tenaga pengajar kami dengan kemahiran, peralatan sokongan dan pengetahuan yang diperlukan,” menurut Chan Soon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif, Teach For Malaysia (TFM).

TFM bertekad memainkan peranan sebagai perantara untuk membantu para pelajar mengatasi jurang fizikal, mental, dan emosi. Menerusi kerjasama tersebut, Tiger dan 99 Speedmart menyasarkan untuk menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran para pelajar di kalangan komuniti B40.

Menerusi kempen ini, 99 Speedmart berhasrat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan berharap lebih banyak jenama tampil memacu perubahan positif dalam masyarakat. Kerjasama tersebut jelas mencerminkan bahawa walaupun dengan bantuan yang sederhana, ia dapat membawa perubahan yang bermakna.

Tiger merupakan salah satu jenama ikonik di bawah Mondelēz International. Dengan snek yang enak dan berkualiti, Mondelēz International menerajui pasaran dengan snek yang lazat, pada detik yang sesuai, serta dihasilkan dengan cara yang baik.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial Team
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.