Kurang Hari Sakit, Minda Lebih Cerdas: Enfagrow A+ MindPro Baharu

Kuala Lumpur, Januari 19 – Berbekalkan kepakaran menjangkau lebih 100 tahun dalam nutrisi  kanak-kanak dan sebagai pelopor yang melancarkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan  DHA di pasaran lebih satu dekad dahulu, Enfagrow A+ terus merevolusikan tawaran produk mereka  dengan memperkenalkan susu rumusan Enfagrow A+ MindPro baharu, satu-satunya jenama dengan  kandungan Membran Globul Lemak Susu (Milk Fat Globule Membrane, MFGM) & kandungan DHA*  tertinggi.  

“Di Enfagrow A+, matlamat kami adalah untuk memberikan permulaan yang terbaik kepada semua  kanak-kanak yang sedang membesar di Malaysia. Dalam usaha ibu bapa mencari keseimbangan dalam  penjagaan kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka, di samping memastikan mereka bergiat  cergas dan mencapai perkembangan yang menyeluruh,, Enfagrow A+ komited untuk menyokong  mereka dengan produk bernutrisi yang tersesuaian untuk memberikan ketenangan fikiran kepada ibu  bapa, serta membantu anak-anak mereka menyerlahkan potensi pembelajaran mereka,” kata Encik  Oguzhan Silivrili, Pengurus Besar RB (Health) Malaysia Sdn Bhd. 

“Kami sangat teruja untuk memulakan Tahun 2021 dengan pelancaran susu rumusan baharu hari ini.  Kami percaya bahawa ibu bapa tidak perlu memilih antara kesihatan imun dan perkembangan  intelektual, dan ini jelas diperlihatkan dalam usaha kami untuk terus membawakan inovasi rumusan  nutrisi yang terbaik, dengan menerapkan kebaikan ramuan berteraskan sains seperti MFGM & DHA,”  jelas Encik Silivrili.  

PEMBINAAN IMUNITI BERMULA DENGAN ASAS PEMAKANAN YANG KUKUH 

Sehingga 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum usia 5 tahun [1]. Sepanjang tempoh  perkembangan yang pesat ini, keupayaan pembelajaran kanak-kanak boleh terjejas sekalipun dengan  penyakit ringan kerana kanak-kanak berusia lebih 1 tahun belum disokong sepenuhnya dengan daya  pertahanan untuk melindungi diri mereka [2].  

“Pembinaan imuniti bermula dengan pemakanan yang betul. Lebih 70 hingga 80 peratus sel-sel imun  didapati di dalam sistem penghadaman badan dan pemakanan dengan nutrien yang sesuai boleh  membantu mengawal atur fungsi imun, mengurangkan risiko jangkitan dan meningkatkan tindak balas  keradangan apabila badan kita diserang oleh patogen atau virus,[3-4]” kata Dr. Rakhee Yadav, Pakar  Perunding Pediatrik, Pusat Perubatan Ara Damansara. 

Sebagai satu-satunya jenama dengan MFGM & tahap DHA tertinggi*, pelancaran susu rumusan untuk  kanak-kanak membesar Enfagrow A+ Mindpro baharu adalah tepat pada masanya. Penyelidikan  menunjukkan bahawa pengambilan susu yang diperkaya dengan MFGM oleh kanak-kanak kecil  didapati memberi kesan perlindungan menentang jangkitan gastrousus, mengurangkan 35% bilangan  hari deman [5]. Digabungkan dengan DHA, MFGM bertindak secara bersama untuk memberi  dwimanfaat dalam membantu menyokong perhubungan sel-sel otak otak kanak-kanak [6-7]. 

“Dalam erti kata yang mudah, kurang hari sakit bermakna anak-anak sihat, cergas dan cerdas, dengan  lebih banyak masa pembelajaran dan lebih banyak sambungan sel-sel otak untuk menyokong proses  pembelajaran mereka. Selain pemakanan, ibu bapa boleh terus membimbing anak-anak mereka untuk  menyemaikan tabiat gaya hidup sihat seperti rehat secukupnya, melakukan aktiviti fizikal dan menjaga  kebersihan untuk membina sistem imun yang kuat,” tambah Dr Rakhee.  

Anzalna Nasir, yang hadir di majlis pelancaran maya, berkata, “Sebagai ibu, saya amat mengutamakan  kesihatan imun dan perkembangan intelektual si manja saya. Enfagrow A+ menjadi jenama susu untuk  membesar yang saya percayai untuk anak saya. Saya yakin bahawa dengan pemakanan dan  persekitaran yang betul, si manja saya akan dapat mencapai mercu perkembangan dengan  sewajarnya.” 

Majlis pelancaran Enfagrow A+ Mindpro membuka tirai aktiviti realiti maya yang akan berlangsung  dalam tempoh sebulan, iaitu dari 19 Januari hingga 18 Februari 2021, yang dianjurkan sempena  pelancaraan susu rumusan baharu dan boleh disertai oleh semua rakyat Malaysia. Pendekatan realiti  maya (VR) bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan anak-anak menyertai permainan dan merebut  peluang untuk memenangi banyak hadiah menarik dari keselesaan rumah mereka. Selain itu, majlis  pelancaran juga memaparkan perbincangan yang menarik dengan pakar pediatrik terkenal di  Malaysia, Dr. Rakhee Yadav dari Pusat Perubatan Ara Damansara, serta dua pelakon popular dan juga  ibu yang berpengaruh, Debbie Goh dan Anzalna Nasir 

Enfagrow A+ MindPro kini boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya besar utama, kedai  ubat Cina, gedung produk bayi dan kedai dalam talian rasmi Enfagrow A+ termasuk Lazada. 

Sertai aktiviti realiti maya yang pertama oleh Enfagrow A+ MindPro di www.enfagrowmindpro.com. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke enfagrow.com.my dan Enfagrow Facebook

Penafian: Maklumat yang terkandung di dalam siaran akhbar ini adalah untuk tujuan pendidikan dan  komunikasi sahaja untuk kanak-kanak berumur satu (1) tahun ke atas sahaja dan tidak sewajarnya  dianggap sebagai nasihat perubatan peribadi, atau diagnosis atau rawatan perubatan. Pada setiap  masa, sila pastikan anda mendapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda  apabila anda memerlukan nasihat perubatan dan lakukan dengan segera dalam kes-kes kecemasan. 


Rujukan:  

Dibandingkan dengan jenama-jenama utama susu rumusan untuk kanak-kanak di pasaran pada Ogos 2020. Enfagrow A+ membekalkan 120mg DHA dalam 3 hidangan sehari. Untuk Langkah 3 dan Langkah  4 sahaja. 

1. Kuratko CN, et al. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in  Healthy Children: A Review. Nutrients. 2013;5(7):2777–2810 

2. University of Virginia. STUDY: IMMUNE SYSTEM HAS DRAMATIC IMPACT ON CHILDREN’S BRAIN  DEVELOPMENT. (https://news.virginia.edu/content/study-immune-system-has-dramatic-impact children-s-brain-development) 

3. Vighi G, Marcucci G, SensiL et al. Allergy and the gastrointestinal system. Clin Exp Immunol 2008;  153:3-6. 

4. McKenzie C, Tan J, Macia L et al. The nutrition gut microbiome physiology axis and allergic  diseases. Immunol Rev 2017, 278:277-295. 

5. Veereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk  decreases febrile episodes and may improve behavioural regulation in young children. Nutrition.  2012;28:749-752.  (https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0899900711003741?via%3Dihub)

6. Connye N. Kuratko, Erin Cernkovich Barrett, Edward B. Nelson, and Salem Norman, Jr. The  Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A  Review. Nutrients, 5(7): 2777–2810 (2013). 

7. Hussain, G., Wang, J., Rasul, A. et al. Role of cholesterol and sphingolipids in brain development  and neurological diseases. Lipids Health Dis 18, 26 (2019). 

Editorial Team
Editorial Team
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.