Generasi Marikh Academy Anjur Pertandingan Mars Challenge

Kejayaan Misi Manusia ke Marikh Bergantung Kepada Anda!

Pertandingan Mars Challenge ini dibawakan oleh Generasi Marikh Academy dengan sokongan MOSTI sempena Minggu Sains Negara 2020.

Pertandingan peringkat kebangsaan ini melibatkan cabaran merekabentuk sebuah pangkalan di Planet Marikh yang menguji kemahiran pemikiran kritikal, kebolehan menyelesaikan masalah, kreativiti dalam persembahan dan bakat berkomunikasi peserta. Nantikan Pelancaran Mars Challenge Pada 8 Oktober 2020.


Syarat-Syarat Pertandingan

Pertandingan di buka kepada 2 kategori umur (9-12 tahun & 13-15 tahun).

Penyertaan adalah untuk berkumpulan (maksimum 2 orang setiap kumpulan).

Setiap kumpulan perlu mendaftar maklumat peserta-peserta mengguna borang di bawah.

Pemenang akan diraikan sewaktu Majlis Apresiasi Minggu Sains Negara pada bulan November 2020.

Syarat-syarat pertandingan yang terperinci akan dihantar kepada mereka yang mendaftar (ruang di bawah).

Pertandingan dibuka sempena World Space Week 2020- pada 8 Oktober. Tarikh akhir penyerahan adalah 2 November 2020.


Klik sini untuk daftar

Editorial Team
Editorial Team
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.