Kunjungan Ke Jabatan Kecemasan & Trauma Mampu Menyelamatkan Nyawa

  • Kebanyakan orang Malaysia teragak-agak untuk mengunjungi Jabatan Kecemasan dan Trauma (A&E), kerana takut dijangkiti virus terutamanya pada masa ini atau beranggapan keadaan diri sendiri masih tidak begitu serius lagi.
  • Jabatan A&E dilengkapi sepenuhnya untuk menangani perubatan, pembedahan dan kecemasan lain bagi memastikan keperluan anda dipenuhi.

KUALA LUMPUR 23 March – Kunjungan ke jabatan A&E sesebuah hospital dianggap sedikit menakutkan, kebanyakan orang cuma membersihkan luka yang dianggap remeh, maka luka tersebut tidak diberikan rawatan sewajar. Tetapi ini bukan selalunya tindakan yang terbaik.

Walaupun Jabatan A&E mungkin dikaitkan rapat dengan gambaran bagi kecederaan parah akibat kemalangan, jatuh atau suhu badan tinggi yang luar biasa, jabatan tersebut juga merawat pelbagai senario perubatan yang dipandang remeh pada ketika itu tetapi mampu mengakibatkan isu penting jika tidak diberikan rawatan. 

Dr Wee Tong Ming, Pakar Perubatan Perunding Kecemasan daripada Sunway Medial Centre Velocity (SMCV) mengkongsikan bahawa orang Malaysia perlu prihatin terhadap gejala yang dihadapi – memberikan perhatian kepada tanda-tanda tersebut mampu menyelamatkan nyawa mereka sendiri, atau orang lain.

“Walaupun ramai cenderung dan memandang remeh terhadap gejala mereka, terutamanya dalam keadaan wabak kini, setiap orang mesti peka terhadap perubahan kesihatan dan kesejahteraan. Ini termasuk kesesakan nafas secara tiba-tiba atau berlarutan, sakit bahagian dada and perut, pendarahan yang tidak dapat dihentikan, darah dalam air kencing, cirit-birit berdarah, kehilangan keupayaan mendadak untuk melihat, berjalan atau bergerak. Kesemua ini memerlukan kunjungan ke jabatan A&E, dan kami mempunyai kemudahan untuk merawat gejala anda tepat pada masanya dengan selamat,” kata beliau. 

Sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang penting, Dr Wee memberikan jaminan bahawa Jabatan A&E SMCV tetap beroperasi 24 jam sehari supaya orang ramai dapat menerima penjagaan dan rawatan yang diperlukan, dengan sokongan perkhidmatan farmasi, makmal (ujian darah) dan pengimejan (sinaran X, imbasan CT)

Sebagai penyedia penjagaan kesihatan tertier pelbagai bidang, pasukan perubatan dan pembedahan di SMCV dilengkapi untuk merawat pelbagai keadaan, termasuk kecederaan pembedahan yang melibatkan pendarahan dalaman atau luaran, dan kecemasan perubatan termasuk serangan jantung, strok, asma, demam denggi dan juga sepsis. 

Mengutamakan Keselamatan Pesakit

Sejak bermulanya wabak ini, kebanyakan pesakit bimbang bahawa kunjungan ke hospital atau pusat kesihatan mengakibatkan jangkitan virus. Sejak awal, SMCV telah mengambil langkah untuk meredakan kebimbangan tersebut dan akan terus berbuat demikian untuk memastikan keselamatan semua orang di dalam bangunan hospital, dari doktor serta kakitangan perubatan ke pesakit dan pelawat mereka sekali. 

Dr Kheng Kien Hou, Pegawai Perubatan Residen di SMCV menyatakan bahawa pesakit yang memerlukan bantuan ambulans untuk menghantar mereka ke hospital tidak perlu lagi risau membayar yuran yang tinggi kerana hospital hanya mengenakan bayaran RM50 bagi pesakit dalam radius 6 kilometer. Ciri khas ini hanya sah untuk tempahan dan temujanji yang dibuat satu hari sebelumnya.

“Kami faham bahawa sesetengah pesakit mungkin teragak-agak untuk mengunjungi hospital atau menggunakan perkhidmatan ambulans kerana isu kos, dan kami bertekad untuk memberikan penjagaan dan bantuan bermutu kepada sesiapa yang sangat memerlukannya. Dengan menurunkan yuran ambulans, kami berharap lebih banyak pesakit yang memerlukan bantuan perubatan akan menggunakan kemudahan ini untuk mendapat rawatan diperlukan pada bila-bila masa,” kata beliau.

Tambahan pula, doktor dan jururawat SMCV, termasuk mereka yang di jabatan A&E telah menerima kumpulan pertama vaksin Covid-19 dalam usaha mereka membantu pesakit dalam memerangi wabak ini. 

Selain pentingnya pesakit ketahui masa untuk mengunjungi jabatan A&E, Dr Wee menambah bahawa sama pentingnya untuk semua rakyat Malaysia menjaga kesihatan dan mengamalkan langkah berjaga-jaga yang tepat, untuk mengelakkan keadaan yang memerlukan rawatan kecemasan. 

“Mengekalkan gaya hidup sihat adalah perkara terbaik yang dapat dilakukan seseorang untuk kebaikan diri – bersenam, menjaga diet yang betul dan juga menjaga kesihatan minda. Jika anda mengambil ubat, ambil ubat seperti yang ditetapkan dan mengikut nasihat doktor. Sekiranya anda tidak sihat, secara fizikal atau mental, jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan sehingga mengetahui punca sebenar masalah tersebut, sebelum terjadinya keadaan yang memerlukan rawatan lebih rumit. Pengesanan dan rawatan awal dapat mengubah akibat yang akan datang dengan lebih berkesan, terutamanya dengan adanya penjagaan sejak awal,” kata beliau.

Menyampaikan Bantuan kepada Orang Ramai

Sebagai tambahan kepada usaha hospital dalam menyediakan penjagaan kesihatan bermutu kepada pesakit dan komuniti sekeliling, SMCV akan menganjurkan program jangkauan perubatan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti Cheras. Dari Mac hingga April, pasukan perubatan SMCV akan mengunjungi kawasan-kawasan perumahan berdekatan untuk memberikan pernilaian perubatan dan pemeriksaan oleh doctor dari jabatan A&E hospital. Selain itu, SMCV juga akan sentiasa mengemaskini program tersebut melalui platform media sosial.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial Team
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.