Kajian Kebahagiaan Manusia Ini Memberitahu Kita Bagaimana Untuk Berasa Bahagia

bagaimana manusia boleh menjadi lebih bahagia dan sihat

Pada tahun 1938 semasa era Great Depression, Universiti Harvard telah memulakan apa yang kemudiannya dikenali sebagai salah satu kajian kehidupan dewasa paling lama di dunia. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami bagaimana manusia boleh menjadi lebih bahagia dan sihat. Selama hampir 80 tahun, kajian ini menjejaki perjalanan kesihatan fizikal dan emosi dua kumpulan manusia :

  • 456 orang miskin di Boston dari 1939 hingga 2014 (the Grant Study)
  • 268 graduan dari kelas Harvard pada tahun 1939-1944 (kajian Glueck)

Para saintis menjejaki kumpulan ini dan melakukan pelbagai ujian ke atas mereka. Darah diambil. Organ dan tisu di badan mereka dikaji. Kegiatan otak mereka diperiksa melalui electroencephalograms. Tulisan tangan mereka juga dianalisis. Selama beberapa dekad yang lalu, kajian ini mengambil keputusan untuk turut mengkaji isteri-isteri serta anak-anak mereka.

Ini kesimpulannya

Apa yang telah kami pelajari? Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari puluhan ribu halaman muka surat daripada kajian ini? Pengajarannya adalah bukan kekayaan atau kemasyhuran atau bekerja dengan lebih kuat untuk berasa bahagia. Mesej paling jelas yang kami dapat dari kajian 75 tahun ini adalah: Hubungan yang baik yang boleh menjadikan kita lebih bahagia dan sihat – Robert Waldinger, pengarah Kajian Pembangunan Dewasa Harvard

Kajian ini telah dikendalikan oleh seorang ahli perubatan psikiatri dari Universiti Harvard, Robert Waldinger yang juga merupakan pengarah keempat. Dalam video TED Talk beliau yang telah mengutip lebih dari 20 juta tontonan, Robert Waldinger menerangkan tiga pengajaran yang dipelajari oleh para saintis.

Pengajaran pertama: Hubungan sosial adalah baik untuk kita

Pengajaran pertama adalah hubungan sosial adalah baik untuk kita, dan kesunyian itu membunuh. Ternyata manusia yang mempunyai hubungan sosial yang baik dengan keluarga, rakan, komuniti mereka, akan berasa lebih bahagia, lebih sihat secara fizikal, dan mereka hidup lebih lama daripada manusia yang hubungan sosialnya dengan orang sekeliling tidak bergitu baik. Dan pengalaman berasa sunyi itu toksik.

Kajian juga mendapati manusia yang terpencil, kesepian, lazimnya akan berasa kurang bahagia, dan kesihatan mereka merosot lebih awal pada pertengahan usia, fungsi otak mereka juga merosot lebih cepat dan mereka menjalani kehidupan yang lebih pendek daripada orang yang tidak kesepian. Dan fakta yang lebih menyedihkan adalah, lebih daripada satu dari lima orang Amerika Syarikat melaporkan bahawa mereka kesepian.

Pengajaran kedua: Apa yang penting adalah Kualiti hubungan

Pengajaran kedua yang kami pelajari adalah bahawa bukan hanya jumlah rakan yang anda ada, dan bukan juga sama ada anda mempunyai hubungan yang komited atau tidak, tetapi apa yang penting adalah kualiti hubungan tersebut.

Ternyata hidup yang sering bergelumang dengan konflik adalah tidak baik untuk kesihatan kita. Perkahwinan yang bermasalah yang tidak ada kasih sayang, misalnya, boleh memudaratkan kesihatan kita, malah lebih lebih buruk daripada bercerai. Dan hubungan yang baik pula boleh menjadi pelindung kepada permasalahan kesihatan.

Pengajaran ketiga: Hubungan yang baik tidak hanya melindungi tubuh kita, tetapi melindungi otak kita

Dan pengajaran ketiga yang kita pelajari dari kajian ini mengenai hubungan dan kesihatan kita adalah bahawa hubungan yang baik tidak hanya melindungi tubuh kita, tetapi berupaya menyihatkan otak kita. Mempunyai hubungan yang erat dengan orang lain pada usia 80-an adalah baik untuk kesihatan. Dan mereka yang berada dalam hubungan yang baik dalam usia lanjut sebegini dilihat mempunya daya ingatan yang lebih kuat.

Dan mereka yang tidak mempunyai hubungan sosial yang sihat dilihat akan mengalami masalah ingatan yang lebih awal. Hubungan sosial yang baik tidak perlu sentiasa lancar. Beberapa pasangan yang berumur dari kajian kami bertengkar berhari-hari, tetapi dalam masa yang sama, mereka tetap rasa ingin bergantung antara satu sama lain apabila berdepan dengan situasi yang lebih mencabar.


Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.