Luahkan Rasa Hati Dengan #SayItWithOREO

OREO menjemput rakyat Malaysia untuk meluahkan rasa hati mereka melalui biskut OREO, kini dengan wafer bercorak timbul berbentuk huruf dan emoji yang lebih menyeronokkan.

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Selama lebih 50 tahun, OREO, jenama biskut dari Mondelēz International, membawakan detik keriangan di kalangan pengguna Malaysia dengan biskut sandwic ikonik mereka. Bagi ‘menambah karakter’ biskut tersebut, OREO hari ini mengumumkan pelancaran OREO edisi terhad dengan corak timbul, dengan menggantikan corak asli OREO dengan seleksi huruf dan emoji.

Biskut bercorak timbul baharu ini bakal mencetuskan lebih keriangan di kalangan penggemar dikala menikmati snek mereka bersama teman-teman, kerana biskut tersebut boleh digunakan untuk mengekspresikan perasaan mereka dan ‘Say It With Oreo’ (‘Nyatakan dengan OREO’) tanpa menggunakan suara dan tulisan.

OREO bercorak timbul ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Arpan Sur, Pengarah Bersekutu, Biskut & Snek Asia Tenggara, Mondelēz berkata, “OREO bukan sekadar biskut, kerana ia merupakan jenama yang sentiasa megilhamkan detik riang bagi menggembirakan pengguna.

Dalam keadaan sekarang di mana pengguna lebih banyak meluangkan masa di rumah dan menikmati snek bersama orang tersayang, kami ingin menambah keseronokan itu dengan mencetuskan idea yang penuh ceria melalui pendekatan ‘Say It With OREO’ menggunakan biskut edisi terhad bercorak timbul ini.

Anda boleh menggunakan biskut OREO ini untuk menghantar mesej kepada orang tersayang, mencipta singkatan kata, atau berkongsi slanga tempatan kegemaran anda – ianya ringkas namun cukup berpengaruh dalam melahirkan detik riang dan mengeratkan hubungan.”

Sebagai jenama yang inovatif, OREO cukup terkenal dalam memperkenalkan pelbagai perisa yang tersendiri termasuklah red velvet, mentega kacang, pudina dan strawberi. Namun, ini merupakan kali pertama OREO membuat perubahan ke atas wafer biskut keluarannya di rantau ini, yang menampilkan 20 huruf dan emoji unik.

OREO edisi terhad ini boleh didapati dalam perisa asli dan coklat di semua cawangan runcit, kedai serbaneka dan kedai dalam talian terkemuka, termasuklah Giant, Mydin, AEON, dan Lazada dalam pek-pek berikut:

  • Pek 133 gram @ RRP RM3.30
  • Pek 264.6 gram @ RRP RM5.89

Selain biskut OREO edisi terhad ini, OREO turut melancarkan kempen #SayItWithOREO di seluruh negara . Kempen yang menampilkan pelbagai peraduan dan aktiviti kepada pengguna ini bertujuan untuk mengajak  rakyat Malaysia yang kreatif untuk berimaginasi dan mempamerkan keseronokan menerusi peraduan foto, permainan teka kata interaktif dan pelbagai aktiviti lagi.

Peraduan yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2020 ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dengan hadiah-hadiah bernilai sehingga RM100,000 untuk dimenangi. Untuk mengambil bahagian, sila layari www.sayitwithoreo.com bagi mendapatkan maklumat  lebih lanjut mengenai peraduan tersebut.

“Kami sering mempromosikan OREO bersama pelancaran filem baru dan artis antarabangsa, namun kali ini kami ingin meletakkan biskut OREO sebagai tarikan utama dalam mencapai matlamat kami. Menerusi kempen #SayItWithOREO, kami bakal menginspirasikan cara baharu buat pengguna untuk menikmati biskut OREO kegemaran mereka.

Kempen ini juga adalah cara kami menyampaikan penghargaan terhadap para pengguna di Malaysia yang telah memberikan sokongan mereka kepada jenama ini sepanjang lebih 50 tahun, dengan merancakkan lagi  pendekatan cara riang kami, seiring dengan identiti jenama OREO,” tambah Arpan.

Bagi mengalakkan pengguna di Malaysia untuk ‘Say It With Oreo’, orang ramai hanya perlu membuat hantaran foto paling kreatif mereka di Facebook atau Instagram yang diambil bersama biskut OREO bercorak timbul, berserta hashtag #SayItWithOREOMY.

Hantaran yang paling asli – sama ada dalam bentuk lukisan yang menampilkan biskut OREO, ukiran pada krim, atau menggunakan biskut sebagai hiasan unik  – akan berpeluang memenangi hadiah tunai dari OREO. Bersempena Hari Emoji Sedunia pada 17 Julai 2020, snek OREO bercorak timbul ini juga cukup sesuai untuk meraikan simbol warna-warni dan emoji menarik kegemaran ramai.

Istimewa untuk penggemar OREO, peraduan #SayItWithOREO Mini Game di www.sayitwithoreo.com turut menawarkan peluang kepada peserta untuk mengumpul mata ganjaran melalui permainan teka kata secara dalam talian yang menampilkan biskut OREO bercorak timbu. Mata ganjaran yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus pelbagai barangan eksklusif edisi terhad OREO. Antara hadiah menarik untuk dimenangi termasuklah hoodie, beg galas, and kusyen kacang (bean bag) OREO.

OREO merupakan salah satu jenama keluaran  Mondelēz International, syarikat pengeluar snek terkemuka dunia Menerusi misinya untuk memperkasakan orang ramai ke arah pemakanan snek yang sesuai, Mondelēz menawarkan pelbagai pilihan snek kepada para pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia dengan menyajikan snek yang tepat, pada waktu  yang sesuai, dan diperbuat dengan cara yang betul.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial Team
Editorial Team
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.