Nasihat Kesihatan Berkaitan Covid-19 Dari KKM

KKM ingin mengingatkan orang ramai supaya mengambil tanggungjawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia dengan kekal patuh kepada S.O.P iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Orang ramai turut diingatkan supaya elakkan 3S/3C dan amalkan 3W seperti yang telah disarankan oleh KKM:

Elakkan 3S / 3C: Elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

  • Elak bersalaman / bersentuhan;
  • Amalkan etika batuk dan bersin;
  • Lakukan aktiviti disinfeksi;
  • Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja;
  • Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

Bacaan lanjut, rujuk pautan ini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial Team
Editorial Team
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.