PKP 2.0: SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (Dikemaskini 4 Februari 2021)

Aktiviti dan protokol

Kawasan Terlibat

SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, SABAH – Sila Rujuk SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Sabah DAN SARAWAK (BAHAGIAN SIBU, DAERAH KAPIT DAN DAERAH SONG) – Sila Rujuk SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bahagian Sibu dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Daerah Kapit dan Daerah Song.


Tempoh Kuat Kuasa

5 Februari 2021 (mulai 12:01 pagi) sehingga 18 Februari 2021 (11:59 malam). Bagi Sarawak (Bahagian Sibu) bermula 30 Januari 2021 (mulai 12.01 pagi)sehingga 14 Februari 2021 (11.59 malam). Bagi Sarawak (Daerah Kapit dan Daerah Song) bermula 2 Februari 2021 (mulai 12.01 pagi) sehingga 15 Februari 2021 (11.59 malam).


Kawalan Pergerakan

PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.

Semua penduduk di dalam kawasan PKP TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman/tempat tinggal masing-masing kecuali:

  • Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya bekalan keperluan tersebut tiada di dalam radius 10 kilometer dari kediamannya; dan
  • Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.
  • Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
  • Kebenaran rentas negeri dibenarkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh dengan mendapatkan kebenaran PDRM.
  • Lain-lain pergerakan yang dibenarkan dalam SOP ini.
  • Pelajar dan calon yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 dan 2021, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM), Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dan peperiksaan antarabangsa yang setara dibenarkan hadir ke sekolah merentasi kawasan PKP atau PKPB atau PKPP mengikut takwim persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan dokumen pengesahan daripada KPM dan pergerakan pergi dan balik ke sekolah boleh ditemani oleh seorang penjaga.
  • Kolej matrikulasi dibenarkan dalam tempoh PKP. Pelajar yang berada di sekolah berasrama / universiti / institusi dibenarkan untuk berada di sekolah berasrama / universiti / institusi tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
  • Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.
  • Pergerakan pensyarah/guru/tenaga pengajar bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kelas-kelas yang terlibat dalam peperiksaan dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.
  • Pergerakan bagi kemasukan pelajar-pelajar ke asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan oleh KPM dan KPT adalah dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.
  • Pelajar yang berkeperluan perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus dari IPT berkenaan.
  • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti bencana alam dibenarkan.
  • Pergerakan bantuan bencana/kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dibenarkan merentas daerah dan negeri masing-masing dalam tempoh PKP dengan tujuan urusan rasmi atau melawat kawasan.
  • Kawalan pergerakan keluar masuk ke negeri Sabah dalam tempoh PKP adalah mengikut SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BAGI SELURUH NEGERI SABAH.
  • PCA dan RGL antara Malaysia dan Singapura diteruskan berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui.

Aktiviti Dalam Kawasan PKP

Semua aktiviti selain daripada yang tersenarai dalam SENARAI PERKHIDMATAN PERLU adalah TIDAK DIBENARKAN.

  • Restoran (termasuk di pub dan kelab malam), kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Aktiviti penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam.
  • Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
  • Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 petang.
  • Pasar malam boleh beroperasi dari jam 4:00 petang hingga 10:00 malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
  • Pasar Borong boleh beroperasi dari jam 12:00 pagi sehingga 6:00 pagi dan 11:00 pagi sehingga 4:00 petang.
  • Klinik dan Kedai Makanan Haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Kedai dobi, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja) dibenarkan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  • Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Kebenaran operasi dan pergerakan bagi perkhidmatan perlu

  • Semua sektor dalam senarai perkhidmatan perlu yang berdaftar dengan Kementerian / Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran / surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan.
  • Pergerakan urusan rasmi Kerajaan perlu disertai oleh dokumen pengesahan majikan.
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan perlu terhad kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja bagi tujuan melaksanakan tugas dan kategori pekerja lain dalam perkhidmatan perlu boleh bekerja dari rumah. (Majikan bertanggungjawab membuat pengkelasan kategori bagi mengurangkan bilangan orang di tempat kerja kepada kadar yang perlu).

Protokol kesihatan umum

Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter.

Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.

Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon serta mengimbas suhu badan. Suhu badan 37.5 darjah Celcius dan ke atas adalah TIDAK DIBENARKAN memasuki premis. Pihak pemilik premis perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” dalam MySejahtera, sahaja yang dibenarkan masuk ke premis masing-masing.

Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal 1 meter radius dalam sesuatu masa dan memaparkan jumlah maksimum pelanggan yang berada dalam premis.

Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.

Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak KECUALI bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:

  • Kediaman sendiri dan melibatkan ahli isi rumah;
  • Bilik Hotel/Penginapan Berbayar Bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah;
  • Ruang kerja bersendirian;
  • Aktiviti sukan & rekreasi Indoor dan Outdoor;
  • Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah;
  • Kawasan dan tempat awam indoor / outdoor tanpa ada individu lain; dan
  • Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain.

Mesyuarat

Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar TIDAK DIBENARKAN dan perlu dilaksanakan secara sidang video.


Aktiviti Masjid/Surau dan rumah-rumah ibadat

Bagi tujuan pengurusan masjid/surau dan rumah-rumah ibadat, ahli jawatankuasa dibenarkan hadir seramai 5 orang.

Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dibenarkan maksimum seramai 30 orang manakala negeri-negeri lain adalah tertakluk kepada pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri.


Kelonggaran Aktiviti Riadah

Aktiviti jogging dibenarkan dalam kumpulan tidak melebihi 2 orang hanya di dalam kawasan kejiranan sahaja.

Aktiviti berbasikal (cycling) berkumpulan TIDAK DIBENARKAN. Aktviti berbasikal secara berseorangan tidak melebihi 10 km dari tempat kediaman adalah DIBENARKAN.

Program latihan berpusat yang sedia ada dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara “Quarantine Based Approach” seperti yang dilaksanakan di Kompleks MSN Bukit Jalil dan Kompleks MSN Taman Keramat, K. Lumpur, Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, K. Lumpur, Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, Pusat Latihan Kebangsaan Perahu Layar, Langkawi, Kedah, Velodrome Nasional Malaysia, Nilai , N. Sembilan dan Akdemi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang.


Pusat Asuhan Kanak-Kanak, TASKA, Tadika dan Tabika

Pusat asuhan kanak-kanak, taska, tabika dan tadika dibenarkan beroperasi dengan kebenaran beroperasi oleh Kementerian/Agensi berkaitan.

Ibubapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.

Pusat jagaan harian bagi Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Wanita dan Pusat Jagaan Pelbagai dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.


Aktiviti Sosial

Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial) adalah TIDAK DIBENARKAN.

Seminar/ Bengkel / Kursus/ Latihan/ Persidangan/Ceramah/Pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) adalah TIDAK DIBENARKAN.

Semua aktiviti sukan dan riadah kecuali kelonggaran aktiviti jogging dan berbasikal seperti yang dinyatakan di dalam SOP ini.

Aktiviti penganjuran kejohanan/pertandingan sukan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD adalah TIDAK DIBENARKAN.


Lain-lain Aktiviti

Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.


Senarai Perkhidmatan Perlu

Hanya 30% kehadiran dari kumpulan pengurusan manakala jumlah pekerja ditentukan oleh majikan dengan memastikan amalan penjarakan fizikal dan protokol kesihatan awam dapat dilaksanakan di tempat kerja.

Pengilangan

Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul (MRO));

Automotif (kenderaan dan komponen);

Makanan, minuman dan rantaiannya.

Pembungkusan dan percetakan.

Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya.

Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet.

Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran.

Komponen untuk alat perubatan.

Elektrikal dan elektronik.

Minyak dan gas (Oil and Gas).

Petrokimia dan produk petrokimia.

Produk kimia.

Mesin dan peralatan.

Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan).

Besi dan keluli.

Tekstil yang melibatkan pengeluaran PPE sahaja.

Sektor perabot.

Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.


Pembinaan

Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;

kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan

kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).


Perkhidmatan

Automotif (Pembaikan dan Penyelenggaraan Sahaja).

Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:

  • Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
  • entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:

  • Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen),
  • Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
  • Pembersihan awam; dan
  • Pembersihan premis dan sanitasi.

Komunikasi termasuk telekomunikasi dan internet, pos dan kurier, dan penyiaran.

Teknologi maklumat termasuk perkhidmatan perniagaan global dan pusat panggilan.

E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet edagang setempat.

Pembangunan kandungan kreatif digital di studio termasuk penyuntingan filem;

Hotel dan penginapan.

Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:

  • Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam).
  • Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import).
  • Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.

Utiliti (air dan tenaga).

Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan).

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services).

Keselamatan dan Pertahanan.

Perkhidmatan kehakiman dan perundangan.

Pengangkutan melalui darat, air dan udara.

Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.


Perdagangan Pengedaran

Penggudangan dan Logistik.

Perkhidmatan/Penjualan/Penghantaran Makanan dan Minuman; dan

Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan serta rantaiannya:

  • Kompleks membeli-belah; pasar raya/ pasar raya besar; departmental store (hanya makanan, keperluan harian, keperluan bayi dan kanak-kanak, perubatan, peralatan elektrik dan berkaitan perlindungan dengan COVID-19).
  • Farmasi/ penjagaan diri; kedai serbaneka/ mini mart; dobi (termasuk layan diri); restoran; kedai cermin mata; kedai telefon; kedai perabot; kedai emas; kedai elektrik dan elektronik; kedai buku & alat tulis; kedai hardware; makanan haiwan; bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti; pusat pengedaran dan jualan kereta; stesen minyak; kedai peralatan sembahyang dan pengebumian; pusat cuci kereta; kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja).
  • Pembelian secara atas talian (online) adalah digalakkan.

Perladangan dan Komoditi

Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan

Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.


Lain-lain

Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.


Aktiviti dibenarkan

Perkhidmatan Perlu & rantaiannya.

Membeli/mendapatkan barangbarang atau perkhidmatan perlu.

Mendapatkan rawatan kesihatan & perubatan.

Menjalankan urusan Rasmi Kerajaan dan tugas kehakiman.


Aktiviti tidak dibenarkan

Pergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM.

Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.


Arahan Tetap

Peraturan 15 P.U. (A) 21/2021.

Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.

Arahan dan peraturan di bawah PBT.

Lain- lain arahan dari semasa ke semasa yg dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.


Dokumen asal dari MKN boleh dirujuk di sini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial Team
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.