Pusat Perubatan Sunway Velocity Meraikan Ulang Tahun Pertama dengan Menyumbang Kembali Kepada Masyarakat Kaw-Kaw
SMCV sasar untuk sediakan penjagaan kesihatan yang mudah diakses bagi menggalakkan rakyat Malaysia meletakkan kepentingan lebih lagi terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka
Sesi perundingan dan ujian percuma untuk pelanggan pertama kali akan disediakan bersama dengan tawaran istimewa lain berkaitan pemeriksaan kesihatan
Kuala Lumpur, 11 Ogos – Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) meraikan ulang tahun pertamanya dengan kempen terbaharu ‘#SMCVgivesKawKaw’. Dengan matlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih prihatin kepada kesihatan, SMCV akan menyediakan pelbagai ujian percuma, diskaun ke atas perkhidmatan dan hadiah-hadiah menarik menerusi kempen ini bagi meraikan setahun pertama operasinya.
Dari 17 Ogos hingga 30 September 2020, ‘#SMCVgivesKawKaw’ akan melibatkan pakar perunding penjagaan kesihatan daripada beberapa jabatan seperti Wanita dan Kanak-Kanak memberikan perundingan percuma untuk pesakit yang pertama kali datang dan menggalakkan orang ramai untuk melakukan perubahan gaya hidup yang lebih sihat.
CEO SMCV, Choo Voon Chee berkata, “berikutan menularnya penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD), adalah penting untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengesanan dan pencegahan awal menerusi pemeriksaan dan saringan. Oleh itu, menerusi kempen ini, kami berharap menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih terbuka kepada semua orang dan menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan kesihatan mereka sebagai keutamaan tertinggi.”
Untuk setiap minggu, pesakit juga akan menikmati saringan percuma dan promosi menarik. SMCV menyasar untuk melakukan kelainan di dalam industri penjagaan kesihatan di dalam Kuala Lumpur dengan menyediakan akses kepada masyarakat untuk perkhidmatan pakar mereka.
Minggu | Jabatan | Saringan Percuma/ Promosi |
17 – 21 Ogos | Kesihatan Wanita | Mamogram & Pap Smear percumaRM1,088 bagi Ujian Saringan Kesuburan Pasangan |
24 – 28 ogos | Kesihatan Kanak-kanak | Ujian Pendengaran & Ujian Mata Kanak-kanak percuma |
31 Ogos – 4 September | Mata Kesihatan Otak Penyakit Darah | Ujian Mata & Saraf percumaPerundingan Percuma dengan Pakar Perunding Neurologi dan Pakar Bedah SarafAktiviti Derma Darah bersama Pusat Darah Negara (3 September) |
7-11 September | Kanser Pundi Kencing Kesihatan Penghadaman | Ujian Penanda Tumor percuma [Lelaki & Wanita]Ujian Saringan Darah Asas percuma untuk KolorektalPerundingan Percuma dengan Pakar Perunding Onkologi, Pakar Bedah / Gastroenterologi, Pakar Bedah Bariatrik, Pakar Endokrinologi & Pakar Urologi.Uroflometri percumaUjian Testosteron percumaDiskaun 10% bagi Hematuria, Inkontinens Urinari |
14-18 September | Telinga Hidung & Tekak Kesihatan Tulang | Ketumpatan Mineral Tulang percuma Saringan Pendengaran dan Pemeriksaan Telinga percumaPerundingan Percuma dengan Pakar Telinga, Hidung dan TekakRM130 untuk Endoskopi HidungRM100 untuk Pembersihan Telinga |
21-30 September | Jantung Paru-paru Kesihatan Buah Pinggang | Ujian EKG & Ujian Skor Kalsium percumaUjian Buah Pinggang percumaPerundingan Percuma dengan Pakar Nefrologi20% daripada RM3688 Pakej Jantung10% daripada Ujian Saringan Kanser Jantung |
Sepanjang kempen ini, SMCV juga akan menyediakan ujian percuma antigen khusus-prostat (PSA) dan RM188 bagi ujian asas darah dan penanda tumor untuk sesiapa yang mahu ujian dilakukan ke atas mereka.

Pengarah Perubatan dan Doktor Perunding Kecemasan SMCV, Dr Wee Tong Ming berkata, “Adalah menjadi tugas kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mereka, terutama sekarang di mana kesihatan dan kesejahteraan menjadi keutamaan semasa berlakunya pandemik COVID-19. Pemeriksaan dan saringan kerap adalah langkah penting bagi memastikan bahawa mereka sentiasa sihat sejahtera, kerana pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.”
SMCV dibuka secara rasmi pada 4 September 2019 sebagai sebahagian daripada pembangunan bersepadu Sunway Velocity, yang merangkumi pusat beli-belah Sunway Velocity dan Hotel Sunway Velocity. Disasarkan untuk menambah baik penjagaan kesihatan masyarakat di Cheras dan Selatan KL, hospital dengan penjagaan kesihatan yang menyeluruh ini termasuk unit pesakit luar dan dalam, khidmat kecemasan 24 jam, klinik pakar, fasiliti imej diagnostik dan keupayaan perubatan dan pembedahan.
Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel [email protected] Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Perubatan Sunway Velocity, lawat www.sunmedvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Velocity).