Kanak-kanak suka mainan. Mereka suka bermain dengan mainan. Meskipun begitu, mainan adalah lebih dari keseronokan semata-mata. Mainan yang betul berupaya membantu kanak-kanak mengembangkan daya imaginasi dan koordinasi mereka. Mainan yang tidak sesuai pula boleh membawa keburukan daripada kebaikan. Berikut adalah 10 panduan ringkas membeli mainan yang selamat serta menyeronokkan.
Sentiasa baca label
Label mengandungi maklumat penting. Maklumat yang memberitahu kita bagaimana untuk menggunakannya dan apakah usia kanak-kanak yang paling sesuai untuk mainan tersebut. Sentiasa baca label bagi memastikan mainan yang anda beli sesuai serta selamat untuk anak anda.
Berwaspada dengan mainan yang bersaiz kecil. Sentiasa berfikir “Besar”
Kanak-kanak gemar memasukkan barang ke dalam mulut mereka. Pastikan mainan tersebut bersaiz lebih besar dari mulut mereka.
Elak mainan yang membedil atau menembak
Pistol mainan dan senjata air berkuasa tinggi boleh mencederakan kanak-kanak. Mereka boleh menyebabkan kecederaan atau tercekik.
Elak mainan yang mengeluarkan bunyi kuat
Bunyi-bunyian (yang kuat) ini boleh merosakkan pendengaran anak anda.
Pilih mainan berkualiti yang boleh dicuci
Mainan (stuffed toys) biasanya cepat kotor. Jadi mainan ini mesti selalu dicuci. Pastikan juga mainan ini tidak mempunyai bahagian kecil yang mudah atau boleh ditanggal.
Pilih mainan yang tahan lasak dari hentaman
Pilih mainan yang tidak mudah pecah atau patah. Mainan yang keras yang tidak mudah dan tidak boleh dikunyah. Pastikan juga mainan ini tidak mempunyai sebarang bucu tajam.
Pilih mainan yang tidak bertoksik
Baca label. Pastikan label ada menerangkan mainan yang anda beli tidak beracun. Alat-alatan seni untuk kanak-kanak seharusnya tidak bertoksik.
Tiada set mainan hobi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
Set hobi ini lazimnya sangat mudah untuk terbakar atau meletup, dan mungkin mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Sekiranya anak anda berumur 12 tahun atau lebih dari 12 tahun, pastikan dia betul-betul tahu bagaimana mengendalikan set mainan hobi mereka dengan selamat.
Berhati-hati dengan mainan berbateri
Pastikan mainan tersebut telah diluluskan oleh SIRIM. Dan mainan ini mempunyai tempat letak bateri yang tidak mudah dibuka – diperkuatkan dengan skru supaya kanak-kanak tidak boleh buka dengan mudah. Elakkan mainan yang berorientasikan haba.
Lakukan pemeriksaan keselamatan terhadap semua mainan yang telah anda beli
Apa yang perlu diperhatikan? Sebarang mainan yang boleh meningkatkan risiko terperangkap, terikat dan tercekik. Elakkan mainan yang mempunyai tali yang panjangnya lebih dari 7 inci (18 sentimeter).
Sumber keselamatan mainan
The American Academy of Pediatrics (AAP): AAP mempunyai beberapa sumber yang menerangkan aspek-aspak keselamatan mainan, termasuklah nasihat untuk memilih mainan untuk bayi dan anak kecil, panduan bagaimana untuk menyimpan mainan, serta panduan untuk mencegah kecederaan yang berkaitan dengan mainan.
The Toy Association: The Toy Association, adalah sebuah organisasi perdagangan bukan untung, yang mempunyai laman web PlaySafe.org, di mana anda boleh mendapatkan panduan mengenai keselamatan, mainnan yang sesuai dengan usia, serta maklumat mengenai mainan yang telah ditarik balik mengikut tahun.
The Consumer Product Safety Commission (CPSC): Selain menyimpan senarai penarikan balik, CPSC juga memberikan amaran keselamatan mengenai potensi bahaya serta panduan untuk membeli mainan bagi kumpulan usia yang berbeza.
Rujukan
How Do You Know What Toys Are The Safest For Your Child? (n.d.). Retrieved from https://www.playgroupnsw.org.au/ParentResources/ParentingYoungChildren/toy-safety-checklist-for-your-child
Toy safety. (n.d.). Retrieved from https://www.rospa.com/home-safety/advice/product/toy-safety/
Pregnancy, Parenting, Lifestyle, Beauty: Tips & Advice. (n.d.). Retrieved from https://mom.com/kids/how-to-check-toy-safety
How to Buy Safe Toys. (n.d.). Retrieved from https://healthychildren.org/English/safety-prevention/at-home/Pages/How-to-Buy-Safe-Toys.aspx
Cronan, K. M. (Ed.). (2018, June). Choosing Safe Toys for Toddlers and Preschoolers (for Parents) – Nemours KidsHealth. Retrieved from https://kidshealth.org/en/parents/safetoys-young.html
Default – Stanford Children’s Health. (n.d.). Retrieved from https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=buying-guidelines-for-safe-and-fun-toys-1-1922