Aktiviti dan protokol
Aktiviti | Penerangan |
---|---|
Sambutan | • Sambutan hanya dalam kalangan unit keluarga yang berada di dalam rumah. • Jumlah tidak boleh melebihi 20 orang bagi setiap masa. |
Amalan penjarakan sosial | Setiap ketua keluarga / individu hendaklah; • Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter • Mengelakkan daripada 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat/tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation). |
Amalan pemakaian face mask | Setiap individu hendaklah memakai face mask sekiranya berada dalam keadaan tiada penjarakan sosial. |
Amalan pencucian tangan dan penggunaan hand sanitizer | Setiap individu hendaklah; • Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer. • Memastikan semua ahli keluarga / tetamu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan. |
Sanitasi | Sanitasi secara berkala hendaklah dilakukan terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan. |
Sembahyang Sunat Hari Raya | • Aktiviti/Ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP Sektor Sosial berkenaan Aktiviti Masjid dan Surau yang telah dikeluarkan. • Terus bersurai dan pulang selepas selesai ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha |
Ibadah Korban | Hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP Ibadah Korban yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama Islam. |
Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan
- Rumah Terbuka/Kenduri Hari Raya
- Bersalaman dan bersentuhan
- Sajian makanan secara buffet layan diri
- Ziarah Kubur
- Takbir dari rumah ke rumah
Arahan Tetap
- Sebarang aktiviti tidak dibenarkan sekiranya:
- Sukar mengawal jumlah orang pada satu-satu masa.
- Kemungkinan terdedah kepada droplets.
- Sukar mengawal perilaku.
- Berada dalam kawasan yang sama atau ruang rapat dan tertutup dalam masa yang panjang.
Bacaan lanjut, klik pautan ini.